Thursday, June 17, 2010

BERSYUKURLAH!


ASSALAMUALAIKUM.

Sejak beberapa minggu yang sudah,saya cuba untuk mengemaskinikan blog ini.Tetapi banyak pekara yang menghalang,dan saya merasakan sejak akhir-akhir ini masa berjalan dengan terlalu pantas.Dua puluh empat jam sehari seolah-olah tidak cukup untuk saya menghabiskan kerja-kerja saya.Sebagai manusia biasa,saya merasa tertekan dengan tugas-tugas tersebut.Sedikit sebanyak menganggu fikiran dan membuatkan saya tiada idea bagaimana untuk saya memulakan penulisan saya ini.Semuanya itu adalah dari kesilapan dan kelemahan saya juga.

Tapi bukan itu yang hendak saya kongsikan di sini,ada pekara lain yang jauh lebih penting untuk kita fikirkan bersama.Seperti biasa,setiap hari Khamis saya mengikuti kelas al-Hikam(tasawwuf) di masjid bimbingan ust.Dusuki.Baru-baru ini saya belajar tentang cara manusia mensyukuri nikmat ALLAH ,Penciptanya.terbahagi kepada 3 cara;

1)syukur qalbi-kita mengentahui,mengakui juga meyakini segala nikmat itu(apa jua bentuk,cara dan sebagainya adalah datang dari ALLAH.Sebagaimana firmanNYA pada ayat 53 surah An-Nahl.

2)syukur lisan-mensyukuri nikmat ALLAH dengan memperbanyakkan puja dan pujian kepada ALLAH.Sentiasa menyebut-nyebut nikmat ALLAH contohnya kita mengajarkan ilmu-ilmu yang baik di sisi agama kepada orang lain.Dan mengajar atau mengajak orang-orang lain untuk sama-sama mempelajari ilmu-ilmu agama.Seperti yang difirmankanNYA dalam ayat 11 surah Ad-Dhuha.

3)syukur aljawarih-mempergunakan segala anggota tubuh badan kita kearah kebaikan dan diredhai oleh ALLAH S.W.T.Juga disebut sebagai syukur secara fizikal.

Adakah kita benar-benar mensyukuri nikmat ALLAH?Tahukah kita apa itu nikmat ALLAH yang telah dikurniakan pada diri kita.Apakah tanda syukur kita pada ALLAH.

Nikmat ALLAH terlalu banyak dan melebihi azabNYA.Kelahiran kita kedunia dan setiap anggota tubuh badan dan pancaindera yang kita miliki,kecantikkan dan kesihatan yang baik adalah salahsatu nikmat yang ALLAH kurniakan pada diri kita.Makanan yang kita makan,kenderaan yang kita gunakan setiap hari dan banyak lagi yang tidak mampu untuk di typekan disini.


Kadang -kadang manusia terlupa dan menyangkakan bahawa kekayaan yang diperolehi adalah datang dari usahanya dan menjadikan harta itu sebagai hak miliknya yang mutlak.Sama ada kita sedar atau tidak,yakinlah bahawa semua itu adalah hakmilik ALLAH yang dikurniakan kepada kita sebagai nikmat.Samaada dikurniakan terus kepada kita atau melalui sesuatu contohnya manusia yang lain.Apakah kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan pada diri kita?


Marilah kita sama-sama fahami,fikirkan dan jadikan sebagai motivasi diri dari cerita ini.Pada suatu hari Al-Junid r.a merupakan seorang alim besar dalam ilmu akhlak tasawuf.Ketika beliau ditanyai oleh gurunya Sariy Assaqati r.a pada ketika itu beliau berumur tujuh tahun.Pada ketika itu juga terdapat beberapa pelajar yang terpelajar sedang mendiskusikan tentang syukur.Kemudian tiba-tiba Tuan Sariy berkata kepadaku:"Hai anak kecil!Syukur itu apa?"


Maka aku jawab:Bahawa tidak durhaka seseorang kepada ALLAH dengan segala nikmatNYA."
Kemudian beliau berkata:"Mudahan-mudahan engkau dibahagiakan oleh ALLAH dengan lidahmu"(Maksudnya,bahawa itulah jawapan yang benar tentang hakikat syukur).Al-Junid meneruskan:"Sentiasalah aku tidak sunyi dari air mata di mana aku menangis atas jawapanku itu."Maksudnya apakah beliau telah menjalankan dan telah melaksanakan hakikat syukur seperti yang dikatakan olehnya ataupun belum.

Yang dimaksudkan dengan "tidak durhaka seseorang kepada ALLAH dengan segala nikmatNYA" ialah kita mengunakan apa yang telah ALLAH kurniakan kepada kita untuk beribadah dan melaksanakan perintah-perintahNYA dan pekara-pekara yang disukaiNYA.Menghindari diri dari melakukan maksiat,pekara-pekara yang dilarang dan dibenci olehNYA.


Misalnya,kita mengunakan segala anggota tubuh badan kita,harta dan masa untuk mentaati perintahNYA.Kita gunakan lisan kita untuk berzikir kepada ALLAH,baca AL-Quran juga memperkatakan pekara-pekara yang baik-baik saja.Kita mengunakan kenderaan kita untuk solat berjamaah di masjid atau ke majlis-majlis ilmu juga menolong orang-orang dalam kesusahan yang memerlukan pertolongan.Kita mengurangkan masa tidur kita semata-mata untuk bersolat sunat di malam hari untuk mendekatkan diri dengan ALLAH.Kita meluangkan masa kita untuk bersama-sama dengan keluarga atau menziarahi sahabat,saudara mara mahupun jiran tetangga yang jatuh sakit dan sebagainya.

Diatas hanya beberapa contoh ringkas agar mudah difahami.Dari cerita tersebut yang saya ambil dari kitab Al-HIKAM.Marilah kita fikirkan dan renungkan adakah kita telah melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan untuk membuktikan bahawa kita benar-benar mensyukuri nikmat ALLAH.

Jika ada,adakah ianya dilakukan kerana kita benar-benar bersyukur dan sayang kepada ALLAH juga yakin apa yang dijanjikanNYA kepada kita.Atau kita lakukan sebab terpaksa mahupun mengikut apa yang orang lain buat.Janganlah sampai ALLAH menarik balik setiap nikmat-nikmat yang dikurniakan pada diri kita.

Ketahuilah bahawa pengertian syukur bermakna mengikat dan memperkuatkan ikatan nikmat-nikmat yang ada dan memancing nikmat yang belum ada.

Saya berharap sepenuh hati agar kita semua dijadikan sebagai hambaNYA yang betul-betul bersyukur kepadaNYA...Tuhan yang menciptakan kita semua.Amin,ya Rabbal 'alamin..

No comments:

Post a Comment