Sunday, July 24, 2011

KENAPA PERLU BERSEDEKAH?

Definisi harta adalah sesuatu benda atau wang yang disimpan atau dikumpulkan hasil titik peluh sesorang.Harta menjadi lambang kekayaan seseorang tapi berbeza pandangan di sisi islam.

Siapa sangka harta yang berada dalam simpanan kita adalah bukan harta kita yang mutlak...dalam erti kata lain ialah harta yang kita simpan dan kumpulkan selama kita hidup adalah bukan hak atau milik kita tetapi sebalik ia adalah hak milik sesiapa yang tidak kita sangka-sangka.Ianya juga merupakan atau sesuatu yang bersifat tidak kekal walaupun kelihatannya harta tersebut berada dalam simpanan atau genggaman kita dan sebagainya.

Cuba fikirkan,seandainya kita mati adakah harta itu akan ditanamkan bersama-sama dengan jenazah kita...tidak sama sekali dan harta itu juga tidak bernilai sama sekali,di ketika itu harta yang bernilai adalah anak yang soleh yang mendoakan/membacakan ayat2 al-QURAN ,memandikan,mengkafankanmenyolatkan,mengangkat dan mengkebumikan jenazah kita.

Mari kita bayangkan,seandainya duit beribu-ribu,beratus-ratus atau berjuta-juta yang disimpan dalam bank digunakan untuk membelikan anak-anak atau isteri kereta atau rumah atau apa-apa jua pun.Tanpa disangka-sangka ajal kita mendahului mereka,apakah yang akan terjadi kepada harta-harta kita tersebut...harta tersebut ditinggalkan dan ianya bukan milik kita lagi dan sama sekali ianya tidak bernilai lagi...yang paling menyedihkan apabila anak-anak kita mengunakan atau membelanjakan wang/harta tersebut kearah pekara-pekara yang dilarang agama atau pekara-pekara yang membazirkan dan tidak mendatangkan manafaat...(manakala,isteri pula berkahwin dengan lelaki lain.Suami baru kepada isteri kita lah yang mendiami rumah yang ditinggalkan itu dan dia juga mengunakan kereta yang kita belikan untuk isteri kita itu dan melalui kubur kita sambil membunyikan hon,hrmm,sggh menyedihkan)...maka harta itu sudah pun berpindah milik,sedangkan apa yang kita perolehi dari hasil penat lelah mengumpul harta tersebut...di manakah manafaat harta kita tersebut?

Melainkan,harta yang kita belanjakan atau infakkan di jalan ALLAH...itulah yang menjadi harta simpanan kita yang kekal dan akan di bawa hingga ke akhirat dan akan menjadi saksi di depan ALLAH juga menambah kredit-kredit pahala kita di sisi ALLAH.

Bagaimanakah caranya untuk kita mengekalkan harta-harta tersebut agar terus menjadi hak milik kita dunia dan akhirat..contoh yang paling mudah ialah apabila kita bersedekah,mengeluarkan zakat,membantu mereka yang benar-benar memerlukan,menghulurkan bantuan demi pejuangaan islam dan sebagainya...insya'ALLAH,itulah yang akan menjadi harta kita yang sebenar-benarnya...contohnya lagi apabila kita membantu anak-anak yang sedang belajar,anak-anak yang diberikan/dididik dengan asas agama yang baik,yang mentaati perintah ALLAH...apabila mereka telah berjaya mereka menyumbangkan tenaga/harta mereka ke jalan ALLAH..ini bermakna mereka telah memanjangkan atau menambahkan kredit pahala pada kita..semoga kita tidak menjadi orang yang muflis di akhirat nanti.(banyak lagi contoh-contohnya,tp ini saja yang mampu disampaikan).

Maka ketahuillah,bagi mereka yang suka membuat kebaikan,seperti bersedekah,beramal soleh,memberikan sesuatu yang baik kepada orang lain dan sebagainya demi mencari keredhaan ALLAH..mereka dijanjikan ALLAH yang di antara ialah:

1) mereka akan memperolehi ketenangan,kebahagian dan dihilangkan keresahan dalam diri mereka.(sbgmana yang difirmankan ALLAH dalam surah AL-BAQARAH,ayat 265...Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan ALLAH dan keteguhan jiwa mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat,maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda.Jika hujan lebat tidak menyiraminya,maka hujan gerimis(pun memandai)...

2) ALLAH hindari mereka dari kemiskinan.(sbgmana yang difirmankan ALLAH dalam surah AT-TAGHABUN,ayat 17..Jika kamu meminjamkan kepada ALLAH pinjaman yang baik(bersedekah dengan ikhlas),nescaya ALLAH akan melipatgandakan(pembalasannya) kepada kamu dan mengampuni kamu..

Marilah kita fikirkan bersama-sama adakah mengumpulkan harta itu mampu menambah umur kita,adakah dengan menginfakkan harta kita membuatkan harta kita semakin berkurangan?Tentu saja tidak bagi mereka yang benar-benar yakin dengan ketentuan ALLAH kerana itu tidak benar,menlainkan mereka yang telah disesatkan atau dipermainkan oleh syaitan.

Ingat ALLAH,insya'ALLAH..ALLAH ingat kita!!!

~selamat beramal~