Tuesday, July 20, 2010

Kehidupan? Kematian? Ujian?


Assalamualaikum.

Alhamdulillah,akhirnya dapat juga saya meluangkan masa untuk mengemas-kini blog ini.Kebelakangan ini fikiran saya bercelaru dan buntu,membuatkan minda saya kosong.Dan seolah-olah saya sudah ketandusan idea bagaimana untuk saya memulakannya.

Kadang-kala, saya sudah mendapat gambaran atau pun beberapa pekara untuk difokuskan tetapi saya kekurangan isinya.Itu menunjukkan segalanya datang dari ALLAH dan DIA juga yang mengerakkan fikiran,anggota badan dan segalanya.Kita tidak mungkin dapat melakukan tanpa keizinanNYA.

Alhamdulillah,ALLAH telah mengizinkan saya untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini.Insya'ALLAH,semoga ianya mendatangkan kebaikan dan manafat dalam kehidupan kita.Kali ini saya ingin mengupas dari beberapa tajuk yang terdapat dalam buku LA TAHZAN secara ringkas sebagaimana yang telah diterangkan oleh ustaz Dusuki.

Jangan Bersedih, Bila Anda Masih Menjaga Kebaikan.

Di sini terdapat beberapa pekara yang telah diringkaskan untuk mudah difahami;

- bila saat kematian janganlah kita merasa sedih tapi lakukanlah ibadah selagi ada peluang atau kehidupan.

-kebaikan yang kita lakukan merupakan warisan atau peninggalan yang kekal,contohnya,apabila kita menolong orang yang dalam kesusahan.Insya'ALLAH budi baik kita akan dikenang bahkan kebaikan kita itu akan tercatat di dalam ' buku catatan'ALLAH.

-jika kesabaran tiada dalam diri sesorang maka tiada nilai agamanya,sebagaimana Ali bin Abi Thalib pernah berkata :"ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad.Jika kepala diputus tidak ada gunanya jasad ini."Kemudian dia mengangkatkan suaranya dan berkata :"Sesungguhnya tidak ada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran".

-jika sesorang membuat jahat atau menganiaya kita,islam mengajar kita untuk memaafkan orang tersebut sebanyak tujuh kali.

-semasa kita diuji dengan kesempitan atau ALLAH menarik seketika nikmat yang telah dikurniakanNYA kepada kita sebagai dugaan,hendaklah kita bersabar.Kerana ALLAH akan menggantikannya dengan kurniaan nikmatNYA 10 kali ganda lebih baik dari sebelumnya.

-bersabar adalah ubat yang paling baik tetapi sukar untuk dilakukan dan ganjarannya tidak diketahui,bukan seperti kita melakukan amalan yang lain.

Janganlah Bersedih,Sekiranya Kita Sering Diduga Kerana Kita Masih Ada Kehidupan Yang Lain.

-setiap perbuatan manusia,baik atau buruk tidak akan terlepas dari dihisab di mahkamah ALLAH iaitu Padang Mahsyar.

-bagi orang-orang kafir,kehidupan hanya lah di dunia maka dengan sebab itulah mereka berlumba-lumba mencari kekayaan dan mengumpulkan harta benda yang melambangkan kejayaan bagi mereka.Manakala,kita sebagai orang islam pula hendaklah berlumba-lumba mengumpulkan bekalan untuk kehidupan dan kejayaan di akhirat.

-sebagai orang islam atau orang mukmin kita hendaklah yakin sepenuh hati akan kewujudan kehidupan selepas kematian atau alam Akhirat.Disebabkan itu kita akan takut untuk melakukan pekara-pekara yang ditegah atau dilarang sama sekali oleh agama.

Kehidupan di dunia ini terlalu singkat dan bersifat sementara.Sekiranya kita tidak mengambil peluang yang telah ALLAH berikan pada kita untuk mengingatiNYA,ianya tidak mendatangkan kesan apa-apa padaNYA sebaliknya kita lah yang akan rugi dan merana di dunia juga terseksa di akhirat.

Terima kasih kerana membaca ...Insya'Allah,jumpa lagi.