Tuesday, May 25, 2010

A Little Knowledge Is A Dangerous Thing.




Ya,agak sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini.Akhir-akhir ini,saya terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian.Banyak pekara perlu dibuat dan diselesaikan.Suka atau tidak,kena juga buat agar tidak ada yang tertangguh. Itulah kehidupan sebenar manusia,pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi.Bagi sesiapa yang mengimpikan kehidupan yang senang,bahagia dan gembira lagi kekal abadi,hendaklah kita tenang dan sabar menghadapinya.Kerana kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara.

Untuk menenangkan kekacauan jiwa,hati dan fikiran disebabkan kerja yang membebankan dan memeningkan,ingatlah kepada ALLAH yang menciptakan kita dengan berzikir,mensyukuri nikmatNYA,memohon pertologan dariNYA dan ingat balasan SyurgaNYA...


Tetapi saya adalah manusia biasa(no one is perfect).Begitu juga saya,menghadapi masalah sama seperti orang lain.Disebabkan kerja yang banyak dan tidak habis-habis membuatkan rasa bosan,letih dan begang(tension).Kadang-kadang menimbulkan kemarahan,yang menjadi mangsanya adalah orang-orang yang di sekeliling atau berdekatan.Mengapa pekara begini boleh berlaku,kerana dalam keadaan begitu diri kita mudah di kuasai oleh syaitan.Hanya orang yang mempunyai kekuatan iman terhadap ALLAH saja yang mampu untuk menghadapi kesulitan dengan senyuman..less tension,no anger.

Untuk menjadi orang yang beriman,terlebih dahulu
kita kena lah berilmu,iaitu belajar ilmu ma'rifah yang membabitkan ilmu feqah,tauhid,aqidah dan ilmu-ilmu kesufian.Itu adalah ilmu untuk mendekatkan dan mengenali ALLAH.Ilmu ini lah yang sepatutnya menjadi keutamaan bagi setiap orang islam.Tetapi bukan bermakna kita tidak perlu belajar ilmu-ilmu fardhu kifayah kerana ianya juga bagus untuk kita dan merupakan ilmu yang datang dari ALLAH.Apabila sesorang itu berilmu,hendaklah dia mengamalkannya.Kerana ilmu merupakan pemimpin,manakala amal adalah pengikut,iman dan taqwa terhasil dari kedua-dua perkara tersebut.

Janganlah kita menjadi seperti kaum yahudi,mereka merupakan kaum yang dikurniakan oleh ALLAH dengan kecerdikkan dan ilmu yang banyak tetapi tidak mengamalkannya.Malahan mereka mendustakan ayat-ayat ALLAH.Begitu juga dengan kaum nasrani,mereka banyak beramal tetapi mereka tidak berilmu.Ini disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri,nabi Isa hanya sempat menyampaikan ajaran agama kepada mereka selama 3 tahun selepas kenabian sebelum baginda di salib oleh kaumnya sendiri.


Sebagaimana firman ALLAH dalam surah at-Taubah(ayat 30-32.),mengenai 2 kaum yang dilahknat oleh ALLAH kerana perbuatan dan perkataaan mereka.Iaitu kaum nasrani yang mengatakan uzair ialah anak ALLAHdan kaum nasrani mengatakan al-masih ialah anak ALLAH.Malahan mereka juga membuat patung atau berhala untuk disembah,sedangkan kedua-dua kaum tersebut tergolong dalam golongan ahli kitab.Iaitu kitab Taurat(nabi Musa) untuk kaum yahudi,manakala kitab injil(nabi Isa) untuk kaum nasrani.Bahkan mereka menukarkan hukum-hukum Allah yang terdapat dalam kitab-kitab tersebut mengikut kehendak dan kesukaan mereka.

Kebanyakkan hukum-hukum dan ajaran-ajaran yang terdapat dalam kitab injil sekarang adalah rekaan dan ciptaan mereka sendiri.Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka orang yang mempunyai kuasa untuk mengubah atau menukar hukum-hukum ALLAH dan memberi keampunan kepada pengikutnya yang telah melakukankan kesalahan atau dosa.


Di sini saya ingin mengingatkan diri saya juga betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan di dunia, demi kebahagiaan di akhirat nanti.Setiap pekara yang ingin kita lakukan memerlukan ilmu pengetahuan,contohnya dalam hal solat.Untuk mendapatkan solat yang sempurna dan diterima ALLAH,kita hendaklah belajar dulu bagaimana untuk berwudhuk dan melakukan solat.Begitu juga dengan bacaan-bacaan dalam solat.Bukan hanya dalam ibadah solat tetapi dalam ibadah-ibadah yang lain juga,urusan harian dan cara mengatasi setiap masalah yang di hadapi.Lebih-lebih lagi dalam urusan dan cara bagaimana untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan ALLAH.


Saya mengambil kata-kata ini dari kitab yang bertajuk """"Ihya'Ulumuddin(Imam Al Ghazali)yang berbunyi seperti berikut,""""'belajarlah ilmu,kerana mempelajari ilmu kerana ALLAH adalah kebaikan dan menuntut ilmu adalah ibadah,kajiannya adalah seperti tasbih,penyelidikannya seperti jihad,pengajarannya adalah sedekah dan pemberiannya kepada ahliyah adalah pendekatan diri kepada ALLAH.Ilmu adalah penghibur di kala kesepian,teman di waktu menyendiri dan petunjuk di kala senang dan susah.Ia adalah pembantu dan teman yang baik dan penerang jalan ke syurga" Orang yang mendapat ilmu adalah orang yang bahagia,sedangkan orang yang tidak mendapatkannya adalah orang yang sengsara...

Renung dan fikirkanlah...betapa penting ilmu dalam kehidupan sesorang.Janganlah kita merasa cukup dengan ilmu yang kita ada.Pada hal terlalu banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu dan perlu dipelajari.Sekiranya kita tidak belajar atau mencari ilmu kita akan merasakan bahawa ilmu yang kita ada sudah mencukupi.Ini boleh membahayakan diri kita sendiri dan akan mendatangkan banyak masalah di dunia,bahkan menderita di akhirat...

P.S...i'm not good enough...sorry,if any mistake or something that i'd missed out..any comment,suggestion and ideas are invited...n if i'd made a mistake,pls correct me...i luv to share to evryone...

No comments:

Post a Comment