Friday, April 29, 2011

LA TAHZAN.

Musibah Itu Menghapuskan Dosa-Dosa.

Apa itu musibah?Musibah selalunya dikaitkan dengan pekara2 buruk yg kita tidak suka/mahu ianya berlaku pada diri kita,contohnya sakit,kekecewaan,difitnah,ditimpa kesusahan/kemiskinan dan sebagainya.Tapi jangan sangka bila kita hidup dalam keselesaan,kesenangan/kemewahan atau kebahagian kita tidak ditimpa musibah,kadang2 itulah yg menjd dugaan/musibah pd kita tanpa kita sedari.

Apabila kita ditimpa musibah,kita sering berfikir bahawa ALLAH tdk menyayangi kita,sebenarnya ALLAH mengingatkan dan menyayangi kita.Tetapi adakala itu juga merupakan musibah kepada sesorg atau kaum yang menandakan ALLAH murka/marah kerana sesorg/kaum itu berterusan menderhakaiNYA dan menzalimi diri mrk sendiri.

Oleh itu jgn lah kita berprasangka buruk terhadap ALLAH atas musibah yg dikenakan kpd kita,marilah kita sama2 sentiasa berprasangka baik terhadap ALLAH dan belajar utk redha dgn ketentuanNYA.Kenapa?

-Musibah/ujian/dugaan yg menimpa/ditimpakan ke atas seseorg adalah kerana;

1)sebagai penghapus dosa2 yg lalu.

2)menaikkan darjat seseorg di sisi ALLAH.

-bagi sesiapa yg bersabar,ikhlas dan bertaubat krn ALLAH akan mengetahui kelebihan2/hikmah disebalik dugaan2/musibah yg berlaku ke atas mrk.

- surah Al-Hadid:23"(Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput darimu dan tidak pula terlalu gembira dengan nikmat yang diberikanNYA kepadamu".

Dalam ayat tersebut kita diajar supaya tidak terlalu berhiba/susah hati/bersedih di atas musibah yg menimpa kita,sebaliknya kita hendaklah memohon pertlgan ALLAH agar kita bersabar dan mampu menghadapi masalah/musibah tersebut dgn hati yg terbuka dan redha dgn ketentuanNYA.Kita jg hndklah berdoa kpd ALLAH agar dikuat dan tetapkan iman supaya kita tdk mudah diperdaya dgn pujukan dan bisikan syaitan yg sentiasa mencari kesempatan utk menyesatkan kita lbh2 lg dlm keadaan kita bersedih memudahkan kerja2 syaitan utk menjlnkan kerja2nya.

maka kita hendaklah sentiasa berdoa yg sedemikian agar kita sentiasa redha dgn ketentuan ALLAH terhadap kita"Ya,ALLAH,tiadalah yang mudah melainkan yang ENGKAU jadikannya mudah dan ENGKAUlah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila saja ENGKAU kehendaki" dan"Dengan nama ALLAH,dipohon pelihara diriku,hartaku dan agamaku.Ya,ALLAH jadikanlah aku redha dengan penentuanMU dan berilah keberkatan kepadaku pada pekara2 yang ditetapkan bagiku agar aku tidak suka menghendaki sesuatu yang ENGKAU lambatkan serta tidak pula suka melambatkan sesuatu yang ENGKAU segerakan"Amin.

.Dan jg tdk terlalu gembira dgn nikmat yg diberikan kpd kita kerana kegembiraan yang melampau juga memudahkan syaitan menghembuskan angan2 indah dan bisikan2 yg melalaikan kita dengan nikmat tersebut hingga kita lupa akan MAHA PEMBERI nikmat tersebut.

Kesedihan dan kegembiraan ada batasnya.

-Hasbunallah wa ni'mal wakil(cukuplah ALLAH sbg PENOLONG kami dan DIA adalah sebaik2 PERLINDUNG)...baca/amalkan ayat ini apbl kita ditimpa sbrg musibah atau dizalimi org sebgmana yg diajarkan/dibaca oleh Nabi Ibrahim ketika baginda dilemparkan ke dlm api,tiba2 api menjd dingin dan baginda terselamat dgn pertlgan ALLAH..begitu jg dgn Nabi Muhammad ketika menghdpi musuh dlm peperangan Badar yg ketika itu pihak musuh terlalu ramai manakala tentera islam hanyalah seramai 313 org sj namun kemenangan berpihak kpd tentera Islam dgn pertlgan ALLAH jua...

*dibawah ini adalalah beberapa petua yang berguna yang telah diajarkan oleh ustaz ahmad dusuki...*

Apabila sesorg dlm ketakutan/kegelisahan yang amat sangat bacalah ayat 64 dari surah Yusuf iaitu FALLAHUAKHAIRUN HAAFIDZAN WAHUA ARHAMURRAAHIMIIN(...MAKA ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PEMELIHARA DAN DIA ADALAH MAHA PENYAYANG DI ANTARA PARA PENYAYANG)...sebanyak 27 kali ada juga sesetengah ulamak berkata sebanyak 100 kali,ini adalah untuk memberikan kekuatan dalam diri kita.

dan bagi sesiapa yang merasa keletihan yang teramat,cuba mandi dengan air campuaran limau nipis,3 biji dan dibaca kan dengan ayat kursi sebanyak 21 kali,insya'ALLAh akan menyegarkan badan terutama kanak2 yg keletihan dan hilang tumpuan dlm pelajaran.

SELAMAT BERAMAL.WASSALAM.

No comments:

Post a Comment